Buku 1
Tafsir Al-Hidayah Jilid 1
ISBN: 983-099-590-9
Kategori: Al-Quran / Tafsir
Harga: $29.90
Muka Surat: 503

Keterangan buku:

PENGARANG : PENYUSUN: MUHAMMAD BIN ABD. LATIF

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: Katakanlah (Wahai Muhammad): Al-Qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. (Fushshilat: 44)

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (Al-Qamar:17)

Sepertimana firman Allah diatas, maka menjadi satu kewajipan keatas kami, pihak penerbit dalam memberikan sumber 'ilmu kepada para pembaca dalam memahami isi kandungan Al-Qur'an yang telah diturunkan sebagai perundangan di muka bumi ini. Justeru itu adalah menjadi kewajipan ke atas kita sebagai hambaNya memahami isi kandungan Al-Qur'an dan seterusnya mengamalkan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang telah dilarang olenNya demi kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat.

Kitab tafsir ini adalah merupakan sebuah kitab yang ringkas dan mudah difahami yang turut diselitkan asbabun nuzul (sebab-sebab turunnya ayat), yang dikenali dengan nama "TAFSIR AL-HIDAYAH". Dalam menghasilkan "TAFSIR AL-HIDAYAH" ini, penulisnya telah merujuk beberapa buah kitab yang telah dikarang oleh 'ulamaulama' yang mu'tabar, seperti; Abu Al-Fida Ismail bin Katsir Ad-Dimasyque, Al-'Allamah Al-Imam Muhammad bin Ahmad bin Huzay Al-Dimasyque, Al-'Allamah Asy-Syeikh Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasyque, Asy-Syeikh Muhammad 'Ali As-Saabuni, Al-Ustaz Ad-Doktor Wahbah Adz-Dzuhaili, Muhammad Adnan Salim, Muhammad Bassam Rusydi Az-Zain, Ad-Doktor Muhammad Wahbi Sulaiman.

Semoga "TAFSIR AL-HIDAYAH" ini dapat memberikan sumbangan dalam meneguk agama yang murni dan 'ilmu yang bermanfa'at agar kita lebih bersemangat untuk memelihara dan memegang teguh Kitab yang mulia (Al-Qur'an).

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.