Keterangan buku:
PENGARANG : UMMU 'ABDILLAH
Sebagai pembawa rahmat (kebaikan) kepada alam sejagat ini. Rasulullah SAW banyak sekali mengajarkan kita tentang cara hidup seharian yang bersendikan kepada 'agidah' dan 'ibadah', sejak kita mula terbangun pagi, masuk tandas, makan dan kenderaan, mula bekerja, pulang ke rumah, rehat dan tidur. Sukatan makan atau minum yang menjadi panduan hidup umat Islam adalah berdasarkan persabdaan Junjungan SAW yang bermaksud: "Ada kami pada Nabi, kami tidaklah hidup kenyang." Jadi cara Nabi SAW makan ialah beliau lebih dahulu berhenti sebelum lagi sampai ke tahap kenyang atau merasakan puas. Fikir dan amalkanlah, wahai ummah! Semuanya itu menggambarkan eratnya cinta kasih seorang hamba kepada Tuhannya yang telah melimpahkan kurnia dan nikmatnya yang tidak dapat mengadakannya, menjadikannya Islam, merezekikannya dan mengajarinya adab dan hikmat.
|