Keterangan buku:
PENGARANG : ABU AHMAD FATANAH
Setiap kaum muslimin di bumi ini lebih tinggi darjatnya daripada orang kafir. Sesungguhnya Allah mencintai muslim dan tidak mencintai orang kafir. Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosa muslim dan tidak mengampuni dosa-dosa orang kafir. Kaum muslimin bakal masuk syurga, sedang kafir ke neraka. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang tidak perlu diragukan dan dipersoalkan lagi. Tetapi kenapa terdapat perbezaan dan dipersoalkan lagi. Tetapi kenapa terdapat perbezaan besar antara muslim dan kafir, padahal orang- orang kafir adalah keturunan Nabi Adam juga sebagaimana orang-orang Islam. Apakah mungkin Allah yang menciptakan manusia dan Dia pula menguasai keseluruhan alam ini, menimpakan kezaliman dengan menbeza-bezakan antara sesama hambaNya di atas dasar tersebut, sehingga sebahagian masuk syurga manakala yang sebahagian lagi masuk neraka? Cubalah renungkan apakah sesungguhnya perbezaan yang mendasarkan antara muslim dan kafir. Segala-galanya di muatkan di dalam buku ini dan selamat membaca.
|