Keterangan buku:
PENGARANG : HARUN YAHYA
PENTERJEMAH: MOHAMAD SUHAIMI ABDUL AZIZ , NORAINE ABU
Kebenaran Al-Qur'an itu merupakan sumber rujukan terhadap Islam yang merupakan Kalam Allah yang benar dan Sunnah (perjalanan hidup, tutur kata dan tingkah laku Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam). Allah telah membekalkan manusia dengan AI-Qur'an supaya manusia dapat membacanya dengan terang dan jelas, memahami isi kandungannya dan memperoleh pengetahuan tentang Allah, Yang Menciptakan alam semesta, mempelajari bagaimana hendak menyembah diri kepadaNya, berpegang pada tuntutan dan arahan daripada Allah untuk memperoleh ganjaran dariNya. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjelaskan ayat- ayat menerusi contoh-contoh dan kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Qur'an, sepertimana maksud daripada firmanNya: tidak Kami tinggalkan sesuatu pun didalam kitab Al-Qur'an ini (Surah Al-An'am: ayat 38)
Tujuan buku ini ditulis adalah untuk menjelaskan bahawasanya AI-Qur'an merupakan Kalam Allah, panduan yang berguna buat manusia dan menunjuki jalan sesiapa sahaja dan setiap arahan yang terkandung di dalamnya adalah sesuai di setiap masa. Oleh kerana itu is adalah sumber rujukan yang teramat panting.
|