Keterangan buku:
PENGARANG : HARUN YAHYA
Apakah yang anda kehendaki di dalam seluruh kehidupan ini? Rumah cantik, pakaian mahal, duit, kekayaan atau kemewahan? Apakah sekiranya anda diberitahu tentang sebuah tempat yang anda dapat miliki segalanya yang anda inginkan dan milikinya buat selama-lamanya? Apakah yang anda akan katakan? Sudah tentu anda akan rasa gembira dan ingin melihat tempat yang cantik sebegini. Sudah pasti tidak ada seorang pun yang menentang untuk hidup di dalam tempat yang begitu indah.
Kerana itu apakah yang menghalang manusia dari menerima berita gembira ini? Apakah yang membatasi mereka daripada merasa rindu kepadanya, lalu berusaha segenap tenaga untuk mencapainya? Mengapa manusia yang mengetahui bahawa mereka akan menerima nikmat ini sebagai balasan yang tidak ternilai, tidak bersedia untuk ke syurga?
|