Buku 37
Belas Kasihan
ISBN: 983-099-623-9
Kategori: Buku-buku Baru
Harga: $13.00
Muka Surat: 166

Keterangan buku:

PENGARANG : HARUN YAHYA
PENTERJEMAH : INTAN BAIZURA SLAMAN HALILI
PENYUNTING : NORAINE ABU

Bila saudara bertanya orang di sekeliling; "apa makna belas kasihan?" atau; "boleh tolong beri maksud belas kasihan?" Saudara kemungkinan besar akan menerima berbagai-bagai jawapan dan olahan. Ada setengahnya berkeliaran, orang itu merupakan orang yang paling berbelas kasihan yang pernah mereka temui. Orang lain menyifatkan pekerti yang mulia itu sebagai perhatian dan keikhlasan yang ditunjukan oleh sanaksaudara kepada mereka apabila sakit. Yang lain pula menganggap seorang kawan yang menangisi seseorang yang sudah mati sebagai satu "tanda kasihan'. Definasi tersebut sebahagian besarnya mempunyai persamaan antara satu sama lain. Namun tiada satu pun yang memberikan definasi belas kasihan dalam maksudnya yang sebenar.

Asas kepada sifat belas kasihan yang sejati ialah kasih terhadap Allah. Kasih seorang individu terhadap Allah membimbingnya ke arah merasai satu hubungan yang amat rapat dengan semua makhluk ciptaanNya; dia bersimpati dan kasihan terhadap mereka. Bertolak daripada sifat kasih dan cinta yang mendalam kepada Allah yang mencipta mereka dan juga sesama manusia lain, maka kelakuannya terhadap orang lain selaras dengan akhlaq yang murni seperti yang digariskan di dalam Al-Qur'an. Dia mematuhi suruhan Allah dalam mengamalkan sifat mulia ini.

Buku ini memberikan satu penerangan mengenai pengertian sifat belas kasihan dikalangan orang beriman yang bersandar di atas cinta terhadap Allah. Kebaikan ini juga diamalkan pada setiap saat kehidupan manusia dan menurut dengan perintah-perintah Al-Qur'an. Selain itu kepada siapa hendak ditunjukkan sifat ini, penting bagi menerangkan pengertian tersebut.

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.