Buku 38
Orang Kaya & Miskin Yang Disayangi Rasulullah S.A.W.
ISBN: 983-099-629-8
Kategori: Buku-buku Baru
Harga: $13.00
Muka Surat: 208

Keterangan buku:

PENGARANG : ADIL AKHYAR

Kaya dan miskin adalah dua perkara yang sudah wujud sejak adanya manusia, dan keduanya akan tetap menghiasi kehidupan manusia ini sehinggalah akhir zaman.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, didapati juga sekumpulan sahabat dari golongan hartawan yang dermawan seperti Abdurrahman bin 'Auf r.a, Sayyidina Usman bin Affan r.a., dan Sa'ad bin Rabi' r.a. Nama-nama sahabat seperti Abu Hurairah r.a., Anas bin Malik r.a., dan Imam Ali bin Abi Thalib r.a. pula adalah mewakili golongan sahabat yang miskin namun zuhud dan redha.

Apa yang menarik, di dalamnya juga dipaparkan orang-orang kaya-kaya seperti Tha'labah dan Qarun. Lebih lanjut, menerusi buku ini pembaca akan mendapat panduan bagaimana seharusnya menghadapi nasib kaya ataupun miskin yang membawa kepada kebahagian hidup, samaada di dunia mahupun akhirat. Apa yang pasti, Islam menggalakkan umatnya agar menjadi orang kaya seperti Abdurrahman bin Auf r.a., namun jika takdir menetapkan papa kedana pun biarlah yang mengikut jejak Abu Hurairah r.a.

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.