Keterangan buku:
PENYUSUN : AL-USTAZ AL-HAJI ' ABDUL HALIM AL-HADI
Alhamdulillah, dalam usaha untuk menambahkan buku-buku. bacaan di kalangan masyarakat umum, maka dengan rasa syukur dipanjatkan kepada Allah Suhhanahu wa Ta'ala, kerana dengan limpahan rahmatNya kami dapat menerbitkan sebuah kitab yang bertajuk "TAJZIBU ATHRAF AL-HADITH", iaim sebuah kitab hadith yang terdiri dua jilid.
Kitab "Tajzibu Athraf Al-Hadith" ini adalah merupakan himpunan hadith- hadith yang isinya sangat komprehensif. Kitab ini telah beberapa kali dicetak, dan kitab ini juga banyak diajar di pondok-pondok, masjid, surau dan juga di pejabat-pejabat.
Dan sesungguhnya kitab asalnya ialah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami 'ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah Cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setup perkataan dalam teks asal.
Kitab "tajzibu Athraf Al-Hadith" ini adalah merupakan basil karangan dan terjcmahan oleh Ustaz Abdul Hadi Halim dari Kitab asalnya yang bertajuk "Mukhtar AI-Ahadith".
Kitab ini mengandungi hadith-hadith pilihan yang mana di dalam jilid pertama hadith-hadith ini disusun mengikut huruf-huruf yang bermula daripada huruf "alif hingga "ghain". Kemudian pada jilid yang kedua pula dimulai dengan huruf fa' hingga 'ya'. Setelah itu penyudah bagi kitab ini pula membincangkan hadith-hadith yang membicarakan tentang memperbaiki perangai atan kelakuan setiap muslim supaya menjadi hamba-hamba Allah yang benar-benar berakhlak mulia. |