Keterangan buku:
PENGALIHAN TULISAN JAWI KE RUMI: NORAINE ABU
Risalah ini membicarakan tentang mu'jizat terbesar yang khusus diberikan kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, iaitu Isra' dan Mi'raj. Tidak seorang nabi pun yang dapat mu'jizat seperti ini. Belum pernah ada seorang nabi pun yang naik ke atas langit hingga mencapai Sidratul Muntaha (bahkan melampauinya), kemudian pula ke bumi pads malam itu juga untuk meneruskan kehidupan hariannya di muka bumi, selain dari Nabi Muhammad Shallallahu 'alahi wasallam. Dengan mu'jizat Allah itu, Allah mahu menarik perhatian kepada kita bahawa rasulNya yang ummi, Muhammad Shallallahu 'alahi wasallam akan diajarNya sendiri supaya menjadi guru kepada seluruh umat manusia hingga ahir zaman. Di dalam risalah ini juga Isra' pengarang cuba menerangkan perkara- perkara yang menjadi perselisihan 'ulama' padanya. Teks asal buku ini ialah dalam tulisan jawi. tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi. maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman tanpa ada sebarang pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.
|