Keterangan buku:
PENGARANG : PENGARANG : ABDUL AZZ ISMAIL
Amalan berdoa kepada Allah s.w.t. mengharap segala redhaNya agar Allah sentiasa cinta dan sayang kepada hambanya merupakan pemohonan yang sentiasa dilakukan oleh orang mukmin dalam berdoa kepada Tuhannya. Jika doa yang diucapkan dari hati sanubari seseorang hamba dengan perasaan penuh ikhlas, khusu' serta tawadhu (rasa rendah diri) Insya Allah, Allah akan kabulkan segala permintaan dikeranakan oleh sifatNya yang Maha Pemberi dan Maha Pengkabul segala permintaan. Orang yang sentiasa berdoa tentu dia akan mendapat fadhilat (keutamaan) sepertimana disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.ss. bahawa doa merupakan senjata bagi orang beriman, doa merupakan penyelamat daripada musuh, dengan berdoa rezeki akan dimudahkan dan orang yang berdoa is akan merasa sentiasa dekat dengan Tuhannya. Buku ini telah menghuraikan tatacara serta fadhilat berdoa. Selain daripada itu banyak doa pilihan seperti doa hindarkan penyakit berjangkit, doa pada nisfu sya'ban, doa mugaatil dan banyak lagi doa amalan harian. Selamat berdoa semoga Allah s.w.t. mengkabulkan segala doa kita.
|