Keterangan buku:
PENGARANG : HJ. JOHARI HJ. ALIAS
Matlamat setiap Muslimin Muslimat ialah masuk syurga pada hari akhirat kelak. Allah S.W.T. telah mengurniakan peluang seluas-luasnya untuk kita sekalian dapat menikmati hidup bahagia dan sejahtera yang berkekalan di dalam syurga itu. Beramal ibadah seperti melaksanakan solat, puasa, berzakat, bersedekah, haji, umrah, membaca Al-Quran dan sebagainya serta meninggalkan segala larangan-Nya adalah di antara usaha wajib dan perlu dilakukan sepanjang hidup kita di dalam dunia ini jika kita mengingini syurga. Bagi mereka yang rajin beramal membaca Al-Quran akan diberi pahala yang besar. Dan mereka yang rajin beramal membaca tujuh Surah sederet dalam AI-Quran yang bermula dengan "Haa Miim" (7 Hawamim) akan mendapat pembelaan supaya tidak dimasukkan ke dalam neraka.
|