Keterangan buku:
PENGARANG : MUKHLAS ASY-SYARKANI
Rezeki seringkali ditafsirkan oleh manusia sebagai harta kekayaan, makanan atau pun keuntungan dari perniagaan. Dalam pandangan masyarakat, gaji yang diperolehi dari bekerja juga dianggap rezeki. Di dalam al-Quran Allah membezakan antara rezeki dan harta kekayaan. Di dalam al-Quran bahasa yang digunakan untuk harta kekayaan adalah 'mal' yang disifatkan kadang- kala membawa kebaikan juga kadang ada kalangan menimbulkan fitnah. Sedangkan rezeki selalunya dijelaskan dan disifatkan sebagai pemberian Tuhan yang membawa kebaikan termasuk apa sahaja yang diberikan Allah kepada makhluk. Jika difahami secara mendalam 'mar yang bermakna harta kekayaan adalah sesuatu yang bersifat benda material, sedangkan rezeki adalah merangkumi makna yang luas. Oleh kerana rezeki yang barakah adalah dituntut oleh Islam maka di dalam buku ini diberi garis panduan atau kunci untuk memperolehi rezeki. Mudah-mudahan buku ini memberi manfaat yang bermakna di dalam kehidupan anda. Insya Allah.
|