Keterangan buku:
PENGARANG : UTHMAN BIN HJ JA'FAR
Islam memerintahkan umatnya
supaya menghormati manusia lain
sekalipun setelah berpisahnya roh
dari jasadnya. Justeru itu, Islam
telah memperundingkan tata cara
tertentu untuk mengurus jenazah
seseorang muslim.
Jenazah seseorang muslim
hendaklah dibersihkan, dikafan-
kan. disembahyangkan dan di-
kebumikan. Malah selepas di-
kebumikan sekalipun, jenazah tersebut hendaklah
dihormati dan dijaga keaibannya.
Buku yang anda sedang tatapi ini memuatkan
mutiara-mutiara ilmu dan curahan pengalaman yang
begitu luas dari seorang pentajhiz jenazah yang
berpengalaman. Insya Allah dengan membaca buku
ini, para pembaca akan dapat menghayati selok-
belok pengurusan jenazah yang diubah suai
berdasarkan situasi dan pengamalan khusus
masyarakat Islam di Malaysia yang diukur melalui
kebenaran Al-Quran dan kesahihan Al-Sunnah.
|