Keterangan buku:
PENGARANG : ABU EZZAT AL-MUBARAK
Keingkaran dan kederhakan
insan akan meninggalkan kesan
di dalam hati sehingga sukar
untuk dihilangkan. Noda-noda
dosa akan menggelapkan cahaya
iman, mematikan kalbu dan
menghancurkan segala harapan.
Sesungguhnya dosa yang
dilakukan seseorang itu akan
mewariskan keingkaran dan
kedurjanaan sehingga menafikan
hakikat kebenaran. Akhirnya seluruh kehidupan mereka
menjadi gelap gelita kerana celah-celah nurani terkunci
mati.
Solat Taubat dikerjakan disaat hati seseorang telah
diselimuti dengan kabut dosa. Usaha penjernihan
dilakukan dengan penyerahan seikhlas-ikhlasnya
dihadapan Ilahi agar hilang tabir yang membatasinya. Jika
inginkan hati bersinar kembali, hindari dari godaan dunia sebaliknya perhatian hanya ditumpukan kepada mengharap
sebaliknya perhatian hanya ditumpukan kepada mengharap
keampunanNya. Kerana taubat kepada Allah merupakan
puncak tertinggi penghambaan seseorang insan dalam
mensucikan kalbunya.
Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam
memahami cara dan kaedah melaksanakan taubat dan
bermunajat kepada Allah, Insya Allah.
|