Keterangan buku:
PENGARANG : ABDULLAH AL-QARI B. HJ. SALLEH
Buku ini membicarakan secara khusus
mengenai amalan berpuasa dikalangan
orang-orang shaalih. Berpuasa sehingga
ke peringkat puasa orang-orang shaalih
adalah diantara yang dituntut oleh ajaran Islam.
Jika berpuasa seperti orang awam, ertinya amalan puasa
itu belum tentu diterima oleh Allah s.w.t. Kerana itu di
dalam amalan berpuasa ini dituntut agar dapat setiap
individu Muslim itu menghayatinya taraf puasa para
Shaalihin.
Puasa taraf ini tidak sekadar menahan lapar dan dahaga
tetapi menahan segala amalan yang boleh merosakkan
puasa. Apatah lagi anggota, pancainderanya tidak lari
dari amalan sia-sia dan memudaratkan.
Moga-moga penyusunan buku ini dapat membetulkan
amalan puasa kita yang selama ini terdapat kekurangan
dan kecacatan. Amalan puasa yang dapat ditingkatkan
sehingga is amat sesuai dengan tuntutan puasa itu
diwajibkan oleh Allah s.w.t.
|