Buku 47
Bimbingan Mencapai Kesempurnaan Ibadah Puasa
ISBN: 983-9188-83-6
Kategori: Fiqh / Fekah
Harga: $13.00
Muka Surat: 272

Keterangan buku:

PENGARANG : DRS. ABDUL GHANI AZMI

Ibadah puasa yang sebahagiannya difardhukan oleh Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya sebagai satu latihan fizikal dan rohani untuk bertaqarub kepada Allah s.w.t. Sebahagiannya pula berupa puasa-puasa sunat juga terkandung banyak fadilat dan faedah kepada kesihatan bagi orang yang mengerjakan.

Bimbingan Mencapai KESEMPURNAAN IBADAH PUASA sebagai panduan khusus kepada kita bertekun dengan amalan puasa bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi di bulan-bulan lain yang disunatkan oleh Allah s.w.t.lbadah puasa telah diakui kebaikannya kepada orang yang mengerjakannya oleh ahli perubatan. Justeru itu jika dapat diamalkan bersungguh-sungguh dengan memenuhi segala adab, syarat dan hukum-hukumnya, Insya-Allah is akan memberi keberhasilan yang cemerlang di dalam hidup kita di dunia apatah lagi di nisi Allah s.w.t.

Penulis yang luas ilmu pengetahuannya menyumbangkan penulisan kitab ini sebagai satu lagi bahan rujukan dan sekaligus membimbing untuk mencapai ibadah puasa yang diterima oleh Allah s.w.t. dan menghasilkan kebaikan dalam penghidupan kita. Semoga buku ini menjadi panduan kita bersama bagi mencapai tujuan itu, Insya-Allah.

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.