Buku 48
Kuliah Fardhu 'Ain-Aqidah Siri 1
ISBN: 983-099-003-6
Kategori: Fiqh / Fekah
Harga: $9.00
Muka Surat: 163

Keterangan buku:

Biodata pengarang:
Ustaz Mazlan Bin Yahya dilahirkan di Kampung Bongor, Gerik, Perak, pada tahun 1959. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bongor dan Sekolah Kebangsaan RKT(FELDA) Bersia, Grik Perak. Belajar di Maahad Al-Yahyawiah Padang Rengas, Perak, tahun 1972-1978. Menyambung pelajaran ke Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri Kelantan tahun 1979-1980. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam jurusan Usuluddin dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin tahun 1981-1984. Berkhidmat sebagai guru Agama di Maktab Rendah Sains MARA Jasin. Melaka tahun 1981-1988. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia dan berjaya memperolehi Diploma Pendidikan tahun 1989. Sekarang berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Kurikulum (Pendidikan Islam) di Cawangan Kurikulum Bahagian Kemahiran MAIIA, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. Selain buku ini beliau juga adalah penyusun buku "PENGURUSAN JENAZAH" dan buku "KURSUS PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAANISLAM".

Pengarang memuatkan segala keterangan yang menuntut setiap individu muslim mempelajari dan menyakini persoalan akidah di dalam buku Persnalan akidah menjadi agenda utama setiap muslim untuk melaksanakan apa Baja tanggungjawab di dalam kehidupan yang sementara ini. Perkara yang dibicarakan yang bermula dari mengenal Allah Azzawajalla, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Malaikat, Hari Kebangkitan dan segala ketentuan-Nya yang baik atau buruk; semua ini di huraikan melalui penudkan pengarang di dalam buku ini. Dengan gaya bahasa yang mudah dan penjelasan yang cukup meyakinkan, tentunya para pembaca dapat memahami segala intipati dan kewajipan yang wajar di laksana sebagai seorang muslim. Insya Allah.

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.