Keterangan buku:
Biodata pengarang:
Ustaz Mazlan Bin Yahya dilahirkan di Kampung
Bongor, Gerik, Perak, pada tahun 1959. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bongor dan
Sekolah Kebangsaan RKT (FELDA) Bersia,
Grik,Perak.
Belajar di Maahad Al- Yahyawiah Padang Rengas,
Perak, tahun 1972-1978. Menyambung pelajaran ke
Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri Kelantan
tahun 1979-1980. Melanjutkan pelajaran ke
Universiti Malaya dalam jurusan Usuluddin dan
herjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujiun)
Usuluddin tahun 1981-1984.
Berkhidmat sebagai guru Agama di Maktab Rendah
Sains MARA Jasin, Melaka tahun 1985-1988.
Melanjutkan pelajaran ke Universiti Tekuologi
Malaysia dan berjayamemperolehi Diploma
Pendidikan tahun 1989. Sekarang berkhidmat sebagai
Pegawai Pendidikan Kurikulum (Pendidikan Islam) di
Cawangan Kurikulum Bahagian Kemahiran MARA,
Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
Selain buku ini beliau juga adalah penyusuu buku
'PENGURUSAN JENAZAH" dan buku "KURSUS
PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN
ISLAM".
Buku Kuliah Fardhu Ain IBADAH ini
menghuraikan secara lengkap dan terperinci
tentang asas-asas fardhu ain yang wajib diketahui
oleh setiap individu insan muslim.
Pengarang menampilkan bahan-bahan kandungan
dengan penampilan hahasa yang mudah difahami
oleh para pembaca, hertujuan agar para pembaca
sekalian senang menangkapi segala isi dan
maksud serta mudah untuk diamalkan. Sebagai
seorang muslim, kita perlu memahami asas-asas
fardhu ain kemudian mengamalkannya, sebagai
pengabdian hamba terhadap pencipta-Nya. Buku "Kuliah Fardhu Ain IBADAH" ini amat berguna
kepada para pembaca sekalian.
|