Keterangan buku:
PENGARANG : NORAINE ABU
Setiap orang dari umat Islam yang
sudah mencapai usia baligh dan
yang telah mendirikan
rumahtangga mestilah mengetahui
tentang hadas besar atau lebih
dikenali dengan mandi wajib
selepas melakukan hubungan,
sebab haid, nifas dan mimpi yang
mengeluarkan mani.
Di dalam buku ini, pengarang cuba
membentangkan beberapa perkara
berhubung mandi hadas dan
persoalan yang berkaitan
dengannya, seperti hukum mandi
wajib, nas-nas keterangan tentang
pengsyariatannya, hikmah, perkara
yang menyebabkan mandi wajib,
cara-cara dan peraturan yang sah
semasa mandi dan sebagainya.
Semua yang dibentangkan, sebagai
panduan kepada umat Islam
seterusnya diamalkan dalam
kehidupan, agar kehidupan yang
dilalui lebih sempurna dan diredhai
Allah s.w.t.
|