Keterangan buku:
PENGARANG : USTAZ HJ. HASSAN MAHMUD AL HAFIZ
USTAZ HASAN MAHMUD AL-HAFIZ
lahir di Sanglang, Perlis pada 11
September 1948. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Arab di
Arau, Perlis, kemudian melanjutkan
pelajaran ke Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Negara Kuala
Lumpur (1970-1973), Pengajian Ilmu Qiraat secara
(mushafahah) dan talaqi di Maahad Qiraat Shubra
Universiti Al-Azhar Kaherah. Beliau juga memperolehi
Sarjana Muda (B.A) Usuluddin dipengkhususan dalam Ilmu
Tafsir dari universiti yang sama, selama 7 tahun.
Beliau pernah bertugas di Pusat Islam Malaysia JPM
sebagai Ketua Unit Pengajian Al-Quran, Maahad Tahfiz
Al-Quran, memangku jawatan Imam Masjid Negara,
diundang menjadi hakim Musabagah Tilawatil Quran dan
Tahfiz sekaligus sebagai qari jemputan peringkat
antarabangsa. Beliau juga aktif berceramah di Jabatan-jabatan Kerajaan, siaran agama RTM, penulis buku dan
Muqaddam Rasm Uthmani.
|