Keterangan buku:
AHLIBAHASA : ABDUL AL-QARI B. HJ. SALLEH
Sembahyang Jama'ah (Jemaah)
adalah merupakan sebesar-besar
sunnah (perjalanan) Junjungan
Nabi Muhammad S.A.W yang di
tinggalkan beliau kepada umatnya
dan juga merupakan setinggi-tinggi
syi'ar (lambang) keagungan agama
yang di bawa oleh beliau yang perlu
dihidup, dipupuk dan diteruskan oleh generasi-
generasi kemudian. Sembahyang Jama'ah
merupakan ibadah kerana adanya hubungan antara
imam dengan makmum. Hubungan itu terjalin
dalam hakikat niat yang terbit di lubuk sanubari
makmum ketika mengikuti imam. Jika sekadar
mengerjakan solat beramai-ramai namun tidak ada
yang berperanan sebagai imam dan makmum,
maka tidaklah dinamakan dengan sembahyang
Jama'ah. Semoga buku ini dapat memberi panduan
dalam menyirami benih ketakwaan terhadap
individu yang mencintai sembahyang berjama'ah,
InsyaAllah.
|