Keterangan buku:
PENGARANG : HJ. ABU MAZAYA AL-HAFIZ
Perjalanan ke tanah suci serta
perlaksanaan ibadat haji adalah
satu impian yang selalu
diharapkan dan dicari-cari oleh
setiap orang muslim. Betapa tidak,
haji mabrur tidak ada balasannya kecuali
syurga. Bukan hanya itu, orang yang telah
selesaikan mengerjakan haji akan pulang ke
kampungnya dalam keadaan bersih dari dosa seperti ketika
dilahirkan oleh ibunya.
Tentunya anda juga termasuk orang yang ingin berangkat
untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. Tetapi harus ingat,
jangan berangkat ke sana tanpa sebarang bekalan,
khususnya ilmu pengetahuan tentang haji. Anda memerlukan
buku panduan yang benar, lengkap dan mudah difahami,
supaya anda tahu rukun-rukun dan wajib haji, tahu mana
yang boleh dikerjakan dan mans yang tidak. Mana-mana
yang perlu dikunjungi, zikir dari doa apa yang sesuai dibaca
dan sebagainya.
Buku Panduan atau ilmu yang anda miliki itulah yang
memegang tangan anda dan membimbing anda sepanjang
perjalanan semenjak berangkat dari rumah, ketika
melaksanakan ibadah haji, sesuai dengan yang ditunjukkan
oleh junjungan kita Rasulullah s.a.w., sampai kembali ke
rumah insya-Allah dosa anda sudah diampuni.
Maka buku ini diharapkan dapat di manfaatkan oleh mereka
yang pergi menziarahi Baitullah dan mendapat haji yang
mabrur.
|