Buku 73
Panduan Fardhu Ain Bersuci Dan Solat
ISBN: 983-099-472-3
Kategori: Fiqh / Fekah
Harga: $13.00
Muka Surat: 212

Keterangan buku:

PENGARANG : AL-USTAZ HJ. AMINULLAH B. HJ. MOHD. BAKIR

Solat merupakan hadiah paling mulia yang telah dianugerahkan Allah kepada hambaNya dan merupakan arena dialog secara langsung. Di dalamnya tersimpan jalinan kerinduan antara hamba dengan Rabbi, tersusun rapi dalam suatu ibadah yang murni dan sempurna. Hubungan yang ajaib ini mengandungi kenikmatan untuk menyatakan hakikat kehambaan makhluk dalam membuktikan keagungan Allah SWT.

Solat yang khusyuk dan memiliki roh akan mampu mencegah seseorang dari melakukan perbuatan maksiat dan mungkar. Melahirkan rasa ketaqwaan di dalam jiwa dan bertambah keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Untuk mencapai kepada tahap solat yang sempurna hendaklah dimulai dengan bersuci menurut ketentuan sunnah. Sehingga ibadah utama ini menjadi benteng dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Semoga buku ini memberikan panduan dalam memahami kaedah bersuci dan cara mengerjakan solat yang sempurna, sehingga dinilai sebagai suatu ibadah yang memiliki pahala, insya Allah.

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.