Buku 13
Himpunan Hadith Shahih Mengenai Hukum Hudud
ISBN: 983-099-054-0
Kategori: Hadis
Harga: $15.00
Muka Surat: 207

Keterangan buku:

PENGARANG : DRS. ABDUL GHANI AZI HAJI IDRIS

Al- Hudud atau hukum-hukum hudud ialah sebahagian dari hukum jenayah Islam yang utama telah menjadi sangat asing bagi umat Islam di seluruh dunia setelah mereka dijajah oleh golongan kuffar dan setelah sistem hidup mereka dalam bidang politik, ekonomi, social, perundangan-perundangan dan lain-lainnya diatur dengan sistem sikular dan dajalisma yang sesat lagi menyesatkan itu. Sebahagian besar mereka bukan sahaja sangat asing dan jahil dengan hukum-hukum Hudud, tetapi mereka telah memomoki, memusuhi dan memandang hukum hudud itu telah ketinggalan zaman, primitif, zalim dan tidak dapat menegakkan keadilan dalam zaman yang serba komplek dan moden ini. Ssungguhnya hukum-hukum hudud itu adalah sebahagian dari ajaran syariat Islam yang pokok dan asasi, yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam wahyunya (AI- Ouran) yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dan yang kemudiannya dijelaskan dan diperincikan oleh baginda melalui ucapan, perbuatan dan taqrirnya yang dinamakan As-Sunnah itu adalah sebahagian dari wahyu Allah juga. Allah SWT berfirman: "Dan tidaklah Kami turunkan al- Kitab (AI-Qur'an)ini melainkan supaya emgkau dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman." Semua hukum hudud ini wajib diimani oleh tiap-tiap orang yang menamakan dirinya mukmin atau muslim, wajib menerima pakai, wajib melaksanakannya dalam kehidu- pan duniawi ini wajib memperjuangkan pelaksanaannya jika is belum dilaksanakan. Untuk kepentingan umat Islam di sini, maka buku ini di senaraikan hadith-hadith shahih yang menjadi dalil atanash bagi jenayah-jenayah hudud.

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.