Keterangan buku:
PENGARANG : PROF MUSTAFA AS-SYIBAI
Ibadat puasa bukanlah suatu ibadat
yang hanya diperintahkan ke atas
umat Muhammad s.a.w. sahaja, malah
ibadat puasa ini telah lama
diperintahkan keatas umat-umat
sebelumnya. Jika diamati disebalik
perintah berpuasa ini, kita akan
dapati banyak faedah dan nikmatnya,
sama ada pada puasa fardhu
mahupun puasa-puasa sunat yang
terdapat dalam ajaran agama kita.
Allah bersabda yang bermaksud: "Wabai orang-orang yang beriman
telah difardhukan puasa keatas
kamu, sebagai mana telab
difardhukan keatas umat sebelum
kamu, mudah-mudaban (melalui
berpuasa) ini kamu memperolehi
takwa. "
Dalam buku ini, dibentangkan segala
hal tentang ibadat puasa, wajib dan
sunat, fadhilah dan falsafah sebagai
satu ibadat yang banyak memberi
pengharapan, kesabaran dan latihan
rohani dan jasmani kepada manusia.
Semoga kehadiran buku ini memberi
faedah yang besar kepada anda,
khususnya dalam mengenali ibadat
puasa keseluruhannya.
|