Keterangan buku:
PENGARANG : DRS. HANAFI MOHAMED
Sembahyang merupakan rukun Islam yang wajib
disempurnakan oleh setiap orang sebagai
merealisasikan pengabdian kepada Allah SWT.
Sembahyang yang difardhukan ke atas umat
Islam menurut kaifiat yang telah dilaksanakan
oleh Rasulullah SAW dan telah sampai kepada
umat Islam dengan jalan mutawatir yang
merupakan seutama-utama ibadah sebagai
melahirkan rasa berhajat kepada Allah Tuhan
semesta alam.
Sembahyang adalah tiang agama. Barangsiapa
yang menegaknya bererti ia telah menegakkan
agama dan barangsiapa meninggalkannya
bererti is telah meruntuhkan seseorang Muslim,
jika baik sembahyangnya, maka seluruh aktiviti
yang dilakukan akan baik sebaliknya jika
sembahyang buruk dan tidak sempurna,
buruklah segala amalan yang dilakukan.
Kesedaran betapa pentingnya melaksanakan
sembahyang dan meneaganya kurang diberi
perhatian dan keutamaan oleh sebahagian umat
Islam masa kini kerana kurangnya iman dan
penghayatan terhadap kemuliaan dan ketinggian
perintah Allah SWT.
|