Keterangan buku:
PENGARANG : IBRAHIM AL-JAMAL
Mensucikan diri dari segala
kekotoran seperti najis dan benda-benda yang diharamkan oleh syarak
menjadi kewajipan bagi setiap
muslim melakukannya.
Sehubungan dengan itu kami tampilkan sebuah
buku kecil yang menerangkan hukum-hukum
bersuci khusus untuk panduan muslimat
bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis serta
pendapat ulamak yang muktabar. Sesungguhnya
buku ini dapat menjawab sebahagian kemusykilan
mengenainya dan dapat kita beramal dengan
sempurna dan diterima oleh Allah S.W.T.
|