Keterangan buku:
PENGARANG : ABDUL RASHID HJ. ABDUL LATIFF
Sistem pusaka Islam sebenarnya meneguhkan ikatan kekeluargaan
dan mengeratkan kerjasama dalam lingkungan keluarga secara turun
menurun. Tegasnya, sistem pusaka Islam mengakui hak setiap ahli
waris dalam harta peninggalan dengan cara seluas-luasnya membuka
kemungkinan untuk mewarisi kepada semua ahli waris yang ada
perhubungan darah dan perkahwinan dengan si mati iaitu sama ada
lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang tua, orang cacat, bahkan kepada
bayi yang masih dalam kandungan ibu. Oleh itu jelaslah bahawa sistem
pembahagian harta yang dibawa oleh Islam pada hakikatnya mengikis
setiap peraturan dan adat pembahagian harta yang menyalahi prinsip
pembahagian yang berteraskan hubungan darah dan perkahwinan.
Adalah mengelirukan untuk menyangka bahawa setengah adat
pembahagian harta yang berlaku sebelum kedatangan Islam masih
dikekalkan dalam peraturan pusaka Islam. Kalau adapun hanya secara
kebetulan terdapat semacam persamaan dengan adat tertentu dari masa
jahiliyah. Beberapa peraturan tentang pengakuan dan pembahagian
harta kepada keluarga lelaki yang dikenal sebagai "asabah" sebagai
salah satu golongan waris yang panting kedudukannya dalam sistem
pusaka Islam, is adalah juga satu-satunya golongan waris yang diakui
berhak mewarisi dalam adat pembahagian jahiliyah di Tanah Arab. Ini
menunjukkan keberlainan sebab dan peraturannya masing-masing.
Islam memang mengakui bahawa golongan "asabah" tersebut adalah
memainkan peranan dan memikul tanggungjawab yang utama dalam
keluarga.
Oleh kerana itu kedudukannya dalam sistem pusaka Islam adalah sejajar
dan sesuai dengan dasar pembahagian harta yang berteraskan
perhubungan darah dan tanggungjawab masing-masing anggota
keluarga.
|