Keterangan buku:
PENGARANG : DRS. HANAFI MOHAMAD
Sejak Islam dan umatnya wujud di muka bumi
ini tidak akan putus ancaman dan serangan
oleh musuh-musuh terhadapnya.
Sejarah juga membuktikan Islam bangkit bukan
dengan jalan yang mudah. Ancaman ke atasnya
dilakukan dari setiap penjuru dan berbagai
strategi. Lantaran itu cukuplah sejarah lampau
itu mengajar kita bagaimana untuk berhadapan
dengan musuh-musuh Islam yang terang mahu
pun yang tersembunyi.
Risalah ini memandu kita mengenal musuh
dalam selimut, yang acapkali strateginya
membuktkan umat Islam terpedaya dan tewas.
Penyusun buku ini telah menggarapkan 50
tanda-tanda musuh dalam Islam iaitu, Munafik.
Pengenalan ini sebagai usaha agar kita tidak
mudah tertipu dengan tingkah laku dan taktik
mereka. Menjauhi golongan ini dan tidak
memiliki sifat mereka adalah langkah untuk
memajukan Islam dan menyingkir segala
bentuk dan rupa kemunafikan.
|