Keterangan buku:
PENGARANG : HAMID FAHMY ZARKASYI ,
HARUS AR-RASYID HAJI TUSKAN
Menyakini kehidupan
ghaib termasuk salah
satu asas aqidah yang
mesti kita percayai.
Begitu juga dengan jin
termasuk makhluk ghaib
yang wajib kita imani
kewujudannya di alam ini.
Cara kehidupan mereka ada
sebahagian orang tidak
mengetahuinya, baik tentang asal
usulnya, pernikahan, kemampuan,
tempat tinggal dan berbagai masalah
yang bersifat khusus tentang mereka.
Tidak ada tempat untuk mendustakan
tentang wujudnya jin ini, kerana
sesungguhnya makhluk ini telah
diciptakan Allah sebelum penciptaan
manusia.
Golongan jin ini menikah dengan
sesamanya dan beranak pinak, mereka
juga meninggal dunia seperti manusia. Jin
juga memiliki kemampuan untuk
membentuk dirinya dalam berbagai bentuk.
Sebenarnya jin merupakan makhluk yang
lemah, kerana jin tidak mampu memaksa
manusia dalam menjalankan perintah yang
diperintah Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Untuk memahami tentang perjalanan kehidupan jin, maka buku ini mencuba membahas kehidupan mereka secara terperinci, semoga menambah pengetahuan kitatentang makhluk ghaib ini, insya Allah.
membahas kehidupan mereka secara terperinci, semoga menambah pengetahuan.
|