Keterangan buku:
PENYUSUN : ASY-SYEIKH 'ALI BIN 'ABDUL RAHMAN AL-KALANTANI
Kitab 'AL-JAUHAR AL-MAUHUB' ini
adalah merupakan hasil terjemahan oleh
Asy-Syeikh All bin 'Abdur Rahman
Al-Kalantani, yang telah beliau nukilan
daripada " Kitab Lubab Al-Hadith", karangan
bagi Asy-Syeikh Al-'Alim Al-'Allamah
Jalaluddin 'Abdul Rahman As-Suyuthi. Buku ini merupakan"mau'izah" (pengajaran) dan bimbingan agama di dalam
berbagai lapangan 'ibadat yang perlu bagi setiap mukallaf
mengetahuinya.
Kitab ini telah banyak kali diulang cetaknya dan banyak
digunakan di pondok-pondok. Dan sesungguhnya kitab
asalnya ialah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan
kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam
tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat
berminat mendalami 'ilmu agama maka Ustazah Noraine
Abu telah tuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan
roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks anal, agar
mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang
terdapat dalam teks asal.
Sebagai penerbit, besar harapan kami semoga kitab ini akan
dapat mcmberi manfa'at dan bimbingan kepada pembaca
sekalian. Segala 'amalan yang baik ini semoga mendapat
keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
|