Keterangan buku:
PENGARANG : ABDULLAH AL-QARI B. HJ. SALLEH
Orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang memperoleh cahaya sejati yang boleh menembuskan segala kegelepan manakala keadaan orang-orang kafir hanyalah ibarat memperoleh lampu biasa sahaja di mana mereka buta tentang hari kiamat dan tidak dapat melihat dengan jelas kebenaran agama Islam. Dengan kata lain, hanya orang yang beriman memiliki cahaya kerohanian dan cahaya lahiriah, akan tetapi orang yang mengingkari Allah cuma memperoleh cahaya akal yang samar-samar sedangkan akal fikiran mereka belum cukup untuk memandu mereka dalam kehidupan dunia apatah lagi kehidupan akhirat. Dengan sebab inilah, setiap orang Islam perlu bersyukur kerana pada asasnya Allah telah engurniakan nur, satu nikmat yang paling besar kepada umatnya. Seterusnya terpulanglah kepada umat itu untuk memanafaatkan nur yang telah dikurniakan. Semoga dengan penghayatan yang mendalam terhadap buku ini akan dapat membantu dalam memantapkan lagi keyakinan dan keimanan kita kepada ajaran Islam yang murni.
|