Keterangan buku:
PENGARANG : USTAZ HJ. AZAHARI HJ OTMAN AL HAFIZ ,
USTAZ MAHADI DAHLAN AL HAFIZ
Buku ini sebagai panduan asas untuk setiap individu Muslim mengetahui dan mempraktikkan pembacaan Al-Qur'an secara yang betul (iaitu menurut tajwid Al-Qur'an).
Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaskud :
"....bacalah Al-Qur'an itu dengan tertibnya." Al-Muzzamil 4
Oleh kerana is dituntut maka setiap individu sudah sewajarnya belajar dan mengetahui bagaimana kitab Al-Qur'an itu dibaca, di hafal dan dilagukan. Di dalam buku ini hanya ditunjuki cara sebutan dan hukum pembacaan Al- Qur'an setelah kita mahir dan dapat mengenalnya maka adalah lebih baik dibacakan dengan berlagu dan berusaha untuk menghafalnya. Kerana Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Yang paling mulia di antara umathu adalah mereha yang membaca Al-Qur'an." H. R, Tirmidzi
Oleh itu untuk kita memulai pembacaan Al-Qur'an maka mengenal dan memahami kaedah-kaedah membacanya amatlah penting. Maka buku ini amat,lah sesuai dengan tujuan itu, di samping buku ini ringkas dan mudah di fahami. Insya Allah.
|