Keterangan buku:
PENGARANG : USTAZ JAAFAR SALLEH
Sesungguhnya mulia dan binanya bangsa itu
bukan terletak kepada kekayaanan
kekuatan senjatanya tetapi lebih banyak
terletak kepada akhlak mulia. Mungkin
orang lain akan takut dan menghormati sesuatu bangsa itu jika mempunyai kekuatan
kebendaan dan senjata, tetapi dalam masa
yang sama mereka akan sematkan di dalam
perasaan benci dan dendam.
Tetapi sekiranya sesuatu bangsa itu
mempunyai akhlak mulia, orang akan sayang
dan kasih dan tidak pernah membenci dan
berdendam. Orany yang membenci dan
berdendam dengan orang atau bangsa yang
berakhlak mulia, ertinya memang orang itu
tidak berakhlak atau berakhlak jahat.
Dengan itu, buku ini adalah sebaik-baik
persembahan kepada umat Islam hari ini
yang sedang menghadapi krisis moral yang
berpunca dari hawa nafsu jahat yang tidak
terdidik.
Buku ini menjelaskan tentang nafsu-nafsu
jahat dan nafsu baik bagaimana cara
mengubah dan mengendali serta
meningkatkan nafsu jahat kepada baik dan
contoh-contoh akhlak baik setelah nafsu
telah terdidik sehingga menjadi kebiasaan
dan mewarisi watak seseorang.
|