Keterangan buku:
PENGARANG : NORAINE ABU
Umat Islam secara keseluruhan
tentu mengetahui, bahawa
AI-Qur'an suatu mukjizat Nabi
Muhammad s.a.w. yang terbesar,
yang sejak akhir-akhir ini dapat
dikatakan, "sangat terasing",
Terasing, tidak saja umat
manusia di Iuar Iingkungan
Islam, tetapi oleh sebahagian
besar kaum muslimin sendiri.
Adakalanya Al-Qur'an Itu oleh
sebahagian kaum, Muslimin dipergunakan menjadi
alat penebus dosa orang lain yang telah mati,
dengan cara yang beraneka bentuk antara lain
dibaca di atas perkuburan (maqrabah),
dipergunakan, sebagai; mantera-mantera dan jampi,
dengan cara-cara yang bermacam-macam dan
kadang-kadang dipergunakan pula untuk
melakukan perbuatan yang durjana.
Disampimg itu antara kaum Muslimin
di Malaysia selama ini sedikit yang mempelajari erti
(makna) dan keterangan (tafsir) AI-Qur'an, dan para
ulama yang mengajar tafsir AI Qur'an baik
di pondok-pondok, surau-surau dan masjld-masjid'
atau di lain-lain tempat pengajlan memang sedikit
sekali. Dalam mereka mempelajari dan
mengajarkan kitab-kitab tafsir itu hanya sekadar "tabarruk" , mencari; berkah saja. Amat sedikit sekali
di antara para ulama kita yang mengajarkan dan
membahas kitab-kitab tafsir dengan erti yang
sebenarnya, padahal kitab-kitab tafsir itu banyak
sekali.
|