Keterangan buku:
PENGARANG : DR. WAHBAH AZ-ZUHAILI
Hakikat kehidupan umat
terletak pada nilai pengabdian
jiwa dan raga kepada Allah
SWT. Jika penyerahan segala
ketentuan takdir dinafikan maka
musnahlah sendi dan roh iman
serta tersungkurlah hamba
dalam kenistaan. Kelalaian
insan terhadap dirinya sendiri
mengundang malapetaka dan
menghayutkannya ke dalam
samudera rayuan iblis dan syaitan, akhirnya
menjadi penghuni neraka yang kekal buat
selama-lamanya.
Pelanggaran terhadap hukum-hukum syariat
dan mendustakan kebenaran risalah kerasulan
menyebabkan tergugatnya keharmonian
di tengah masyarakat. Pencerobohan dan
melampaui batas terhadap harta, benda dan
alam persekitaran akan mengundang bencana
dan kehancuran. Begitu juga perbuatan buruk
yang dilakukan terhadap individu tertentu akan
memusnahkan hubungan kekeluargaan dan
silaturrahim. Hanya iman dan takwa, yang
mampu menangkis perbuatan maksiat
manusia.
Semoga buku ini sebagai panduan dalam
menilai perbuatan yang diperintahkan dan
larangan yang mesti dijauhi. Akhirnya
selamatlah umat dari malapetaka dan
kehancuran.
|