Buku 2
Tanda-Tanda Hari Qiamaat
ISBN: 983-099-580-1
Kategori: Ilmiah / Akademik
Harga: $10.00
Muka Surat: 136

Keterangan buku:

Penterjemah: Intan Baizura Salman Halili
Penyunting : Noraine Abu

Salah satu perkara yang dinyatakan Allah dalam Al-Quran ialah mengenai alam ini. la diciptakan dan akan berakhir. 'Alam sejagat ini akan musnah sebagaimana manusia dan lain-lain benda hidup. Waktu yang ditentukan itu digelar sebagi "Sa' ah" yang dijanjikan (hari Qiamat) dalam Kitab Suci AI-Qur'an.

AI-Qur'an mengandungi gambaran terperinci mengenai perjalanan peristiwa qiamat.

Walaupun Al-Qur'an tidak menyatakan waktu berlakunya hari qiamat itu namun is menggambarkan rentetan peristiwa yang akan terjadi sebelumnya. Satu ayat menerangkan hakikat ini seperti berikut (yang bermaksud):

Tiadalah yang mereka nanti, selain dari saat yang akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba. Sesungguhnya tanda-tandanya telah datang, kesedaran mereka tidda berguna.
(Syrah Muhammad: Ayat 18)

Bagi tujuan memahami tanda-tanda "pengisytiharan besar" ini kita mestilah memerhatikan ayat-ayat tersebut. Jika tidak sepertimana yang diterangkan ayat, pemikiran kita tidak berguna apabila hari qiamat datang tanpa disedari.

Sesetengah hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam juga membincangkan mengenai tanda-tanda qiamat tersebut. Terdapat tanda-tanda serta makiumat terperinci mengenai zaman sebelumnya dalam hadith-hadith yang diketengahkan. Buku ini mengkaji tanda-tanda Sa' ah (giamat) itu merujuk kepada ayat-ayat Al-Qur'an dan hadith-hadith Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam. la dapat menunjukkan hakikat bahawa tanda-tanda tersebut telah mula muncul ketika ini. Tetapi kita tidak patut lupa bahawa Allah mengetahui kebenaran segala-galanya. Seperti perkara lain juga, apa yang kita ketahui mengenai tamatnya dunia ini hanya daripada apa yang Allah perlihatkan kepada kita.

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.