Keterangan buku:
PENGARANG : 'ABDULLAH AL-QARI B.HJ. SALLEH
Allah s.w.t. telah menerangkan kepada kita
bahawa adanya makhluk-makhluk ghaib
antaranya malaikat, jin dan syaitan. Menurut
pengalaman bahawa orang-orang Arab
mempunyai banyak kisah tentang makhluk jin.
Kisah itu tercatat di dalam buku-buku agama,
pengembaraan dan sastera mereka.
Namun begitu, bagi orang Melayu yang juga
tidak kurang pengalamannya tentang makhluk
ghaib iaitu "Jin". Makhluk ini dikenali di
kalangan masyarakat Melayu ialah "Hantu" atau "Momok". Perkara ini juga ada hubungkait
dengan polong, pelesit, penunggu, bunian,
jembalang dan seumpamanya.
Sehubungan dengan itu pengarang kitab ini
sedia menyingkap serta mengajak kita
mengenali lebih dekat tentang makhluk-
makhluk ghaib itu.
|