Buku 79
Di Mana Punca Kelemahan Umat Islam Masa Kini
ISBN: 983-099-123-7
Kategori: Ilmiah / Akademik
Harga: $8.00
Muka Surat: 133

Keterangan buku:

PENGARANG : PROF. DR. YUSUF AL-QARDHAWI

Apakah masalahnya terletak pada sulitnya pemeriksaan atau dalam memberi ubat? Atau terletak pada keimanan dan kesabaran dalam menerimanya, meskipun sudah diketahui pahit dan getirnya? Atau dengan kata kata lain, apakah masalah itu terjadi kerana kurangnya doktor yang mampu mengubatinya? Apakah kerana tidak ada ubat yang mujarab, yang mampu menumpas penyakitnya? Atau barangkali penyakitnya sudah kronik dan tidak akan dapat disembuhkan? Lebih jelas siapa yang sakit yang hendak kita ubati, yang ingin kita periksa penyakitnya dan diberikan ubatnya? Tentu dalam hal ini kita tidak akan berbicara tentang krisis Teluk atau tentang bangsa Arab saja, akan tetapi kita akan membicarakan tentang umat Islam, di mana saja ada menara masjid yang menjulang ke langit dan terdengar dari puncaknya berkumandangnya azan, yang menyerukan Allahu Akhbar, Allah Maha Besar!

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.