Buku 8
Bahasa Arab Perbualan Harian Untuk Calon-Calon Tetamu Allah..
ISBN: 983-099-307-1
Kategori: Kamus / Bahasa
Harga: $9.00
Muka Surat: 122

Keterangan buku:

SUSUNAN: ZAIN Y.S

Buku ini memuatkan pelbagai contoh dialog di dalam tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Oleh itu, selain dari penguasaan bahasa Arab sebagai matlamat utamanya, para pembaca juga secara tidak langsung akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Semua dialog dipilih berdasarkan kesesuaian dan keperluan pembaca tempatan sama ada semasa berada di Malaysia atau di negara-negara Arab. Susunan tajuk dibuat berdasarkan urutan asas dialog yang dimaklumi. Justeru, ia dapat menarik hati pembaca untuk terus membaca sehingga halaman yang terakhir. Selain itu, sebahagian dari dialognya sesuai untuk digunakan untuk urusan-urusan harian semasa berada di negara Arab seperti di Makkah dan Madinah. Antaranya dialog dengan kenalan baru, dialog dengan pegawai., kastam, dialog dengan pemandu bas dan teksi dialog dengan agensi perlancongan dan banyak lagi.

Semoga ia akan dapat memberi manfaat yang banyak buat para pembaca budiman. Umar r.a. pernah berkata:"Pelajarilah bahasa Arab, ia dapat meningkatkan minda dan harga diri"

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.