Keterangan buku:
PENGARANG : PN. AMINA NOORAnak merupakan amanah daripada Allah kepada ibu bapa, bukan sahaja setakat memberi makan, minum atau pakaian yang cukup bagi keperluan anak. Menjaga serta memberikan pendidikan bahkan mengajarkan nilai- nilai agama merupakan tanggungjawab ke alas ibu bapa sehingga anak menjadi dewasa. Pada usia satu hingga dua tahun, si comel amat memerlukan rangsangan clan kescmpatan untuk berkcmbang, bagi ibu bapa hendaklah memberi pcngcrtian untuk mengenali kawasan sckitarnya. Bagi kanak-kanak yang usianya belum genap satu tahun amatlah sensitif. dari segi pemakanan ibu hendaklah benar- benar menjaga apa yang sekiranya sesuai bagi anak, hal ini tentulah perlu merujuk kepada arahan pakar eat makanan. Pastikan bahawa kesihatan anak tidak terjejas sehingga tidak menghambat pertumbuhannya. Memahami dunia kanak-kanak amatlah menyeronokkan, banyak tingkah laku yang amat mengelikan hati. Bagi ibu khususnya hendaklah banyak mendapatkan maklumat yang cukup untuk memahami mereka selari dengan tumbesarannya. Buku ini telah memberikan huraian secara praktikal untuk menangani pelbagai masalah yang berhubung dengan dunia kanak-kanak sejak lahir hingga masuk sekolah. Dengan mcmiliki buku ini cukup untuk dijadikan bahan rujukan bagi mengenal lebih dalam tentang psikologi kanak-kanak.
|