Keterangan buku:
PENGARANG : 'ABDULLAH AL-QARI B.HJ. SALLEH
Tumbuh-tumbuhan yang hidup dipermukaan bumi memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Anugerah Allah s.w.t. jelas tampak pada kehijauannya dan kesuburannya yang mengandungi rahsia keberkatan dan rahmatNya. Hasil siraman hujan dan sinaran matahari tumbuh-tumbuhan tersebut memiliki asbab penyembuh bagi berbagai penyakit yang dideritai manusia.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud "bagi setiap penyakit ada ubatnya". Namun is menuntut kepada pencarian asbab penyembuhan tersebut. Lalu dengan rahmatNya, Allah s.w.t. meletakkan sebahagian asbab penyembuhan itu di dalam tumbuh-tumbuhan. Cuma is menuntut usaha manusia itu sendiri untuk membongkari rahsia dan manfaat penyembuhan yang dimiliki oleh tumbuh- tumbuhan tersebut.
|