Keterangan buku:
ABDULLAH AL-QARI B. HJ. SALLEH
Umumnya ramai orang yang takut kepada Iebah kerana sengat dan bisanya, tetapi tahukah kita binatang yang menghasilkan cecair bernama "MADU" ini, banyak memberi manfaat berupa gizi untuk kesihatan dan kenikmatan kepada manusia. Di dalam madu mengandungi banyak khasiat, yang dapat diambil sebagai penawar atau rawatan penyakit secara langsung atau diproses dalam bentuk yang lain. Wujudnya penawar dalam madu ini diakui sendiri oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud "Di dalam madu terdapat penawar yang dapat men yembuhkan bagi manusia". * AI-Nab!: ayat 69.
Lebih dari 68 negara termasuk Malaysia, mengiktiraf dan mengakui keistimewaan dan keunikan lebah dan madu dalam memberi perawatan kesihatan kepada manusia. Ensiklopedia ini memuatkan kepada para pembaca secara terperinci tentang keunikan dan keistimewaan lebah dan madu yang dihasilkan, bermula dari situasi hidupnya dan penawar yang dihasilkan untuk dimanfaatkan oleh manusia. Maka dengan itu miliki Ensiklopedia ini adalah sesuatu yang berharga.
|