Keterangan buku:
PENGARANG : ABU AZIZ AL MISHIRI ,
ABU QISTINA AL-MADANI
Rezeki adalah anugerah Allah kepada hambaNya. Rezeki juga merupakan satu "hadiah" yang diberikan oleh Allah untuk disyukuri oleh hambaNya. Dan sebagai hambanya, kita patut bersyukur dan menerima seadanya rezeki yang telah dikurniakan. Allah telah melimpahkan rezeki yang tidak ternilai sebagaimana dalam firmannya yang bermaksud "Andainya kamu hendak menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya", (surah Ibrahim : 34). Begitu maha pemurahnya Allah, sehingga perbuatan yang tidak waras apabila manusia kufur kepadaNya. Padahal sebanyak many sekalipun kesyukuran yang kita persembahkan kepada Allah, ianya tidak seberapa dibanding maha pemurahnya Allah kepada makhlukNya. Bagaimanapun, dalam arus kemodenan ketika manusia berlumba-lumba untuk mencari harta duniawi, ramai yang lupa dan alpa bahawa seberkat- berkat rezeki adalah rezeki yang diperolehi secara halal dan melalui jalan yang betul. Atas kesedaran inilah, maka buku 17 sikap yang menghalang keherkatan rezeki diterbitkan agar dapat membantu manusia khususnya umat Islam dalam mencari rezeki yang berkat. Semoga kita akan memperolehi manafaat daripada buku ini.
|