Buku 12
Kelebihan & Rahsia Puasa-Puasa Sunat
ISBN: 983-099-522-4
Kategori: Motivasi
Harga: $7.50
Muka Surat: 116

Keterangan buku:

PENGARANG : ABDULLAH AL-QARI B. HJ. SALLEH

Bagi seseorang yang belum mampu menikah, adalah digalakan untuk berpuasa bagi mengawal hawa nafsu seksualnya. Lebih lanjut. kata Rasulullah s.a.w., puasa adalah ibadat perisai atau benteng bagi kaum muslimin dan is akan mendapat balasan istimewa daripada Allah s.w.t. bagaimanapun, puasa hanya akan berkesan apabila dilakukan dengan sempurna, dengan memenuhi syarat rukunnya, mengikut adab zahir dan batinnya, serta mengetahui rahsia-rahsia yang ada disebaliknya.

Buku kecil ini menjelaskan berbagai jenis ibadat puasa, samaada yang wajib dan sunat serta kaifiat menjalankannya. bahkan lafaz niat dari seluruh puasa sunat pun turut disebutkan. Menerusi datil yang benar dan sohih, penyusun ingin mcmbawa pembaca untuk memahami keistimewaan dan hikmah ibadat puasa dari segi rohani, jasmani, kesihatan, kasih sayang dan kemanusiaan.

Huraian lebih panjang ditumpukan kepada penjelasan tentang jenis-jenis puasa sunat dan cara-caranya, fadhilat-fadhilatnya, hikmah-hikmahnya, adab-adabnya dan hal-hal yang yang berkaitan. Ini diharapkan agar dapat dijadikan panduan bagi setiap orang islam yang ingin mengamalkan puasa bagi meningkatkan kesihatan jasmani-rohaninya, dan membina jiwa takwanya. Sememangnya tujuan utama Allah s.w.t. mensyariatkan puasa adalah agar manusia menjadi orang yang bertakwa seperti dinyatakan dalam ayat 183 surah al-Baqarah.

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.