Keterangan buku:
PENGARANG : 'ABDULLAH AL-QARI B. HJ. SALLEH
Tidak sempurna suatu nikmat itu jika tidak dapat dinikmati secara terus menerus. Kenikmatan yang ada di dunia ini tidaklah sempurna kerana tidak pernah ada yang kekal pada suatu ketika akan musnah. Untuk menikmatinya kadangkala dibatasi umur dan kesihatan sehingga hanya bersifat sementara. Kenikmatan akhirat adalah kenikmatan yang abadi, kekal selama-lamanya, tidak akan pernah merasa sakit, bosan dan tidak akan merasa kekurangan. Bagi mereka yang dikurniakan dengan nikmat syurga di akhirat kelak, akan merasakan kenikmatan yang luar biasa. Sesungguhnya penghuni syurga itu sentiasa sibuk dalam kenikmatan dan kesenangan bersama pasangan mereka. Bagaimana hebatnya fikiran manusia untuk menggambarkan kenikmatan syurga ini, masih tidak mampu menjangkaunya betapa luasnya anugerah dan limpahan rahmatNya berupa taman dan istana-istana di syurga. Untuk memperoleh segala kenikmatan yang ada di dalam syurga hendaklah melengkapi diri dengan segala amalan yang mulia dan sentiasa mentaati perintah Allah SWT.
|