Keterangan buku:
PENGARANG : DRS. HANAFI MOHAMED
Sesungguhnya kehidupan manusia di dunia ini sentiasa dalam kerugian dan kelalaian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta bertagwa kepada Allah. Taqwa merupakan kayu pengukur yang menentukan peningkatan martabat dan status manusia di sisi Allah kerana Dia menilai seseorang manusia bukan dari kegagahannya, kekayaannya atau pangkat tetapi dilihat dart sifat ketaqwaannya.
Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
" Sesungguhnya orang yang mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Al-Hujurat:13 taqwa dapat membawa manusia ke ambang kejayaan, kecemerlangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
|