Buku 1
7 cabaran Menjadi Pelajar Cemerlang - Siri Motivasi Pelajar Cemerlang
ISBN: 983-099-130-X
Kategori: Pendidikan / Sekolah
Harga: $8.00
Muka Surat: 100

Keterangan buku:

PENGARANG : DR. HANAFI ISMAIL

Setiap pelajar inginkan kecemerlangan. Kecemerlangan tidak tercapai jika kita tidak membuat perancangan untuk menjadi cemerlang. Sesungguhnya setiap pelajar adalah dijadikan oleh Allah S.W.T. dengan sebaik-baik makhluk berbanding makhluk-makhluk lain. Tetapi ramai antara kita yang lupa bahawa kita dijadikan Allah S.W.T. dengan darjat dan martabat yang paling tinggi untuk menjadi pemimpin di atas muka bumi ini. Jadi mengapakah kita tidak boleh cemerlang? Sebagai seorang pelajar, cabaran yang dihadapi sebelum memperolehi kecemerlangan tidak pernah berakhir. Untuk mencapai kejayaan, pelajar perlu membuat perancangan tentang masa depan. Orang lain tidak boleh menentukan kecemerlangan masa depan kita. Ibu baps dan guru-guru menggalakkan kita untuk berjaya. Berjaya atau tidak adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Kecemerlangan sebenarnya perlu bermula dengan keyakinan pada diri sendiri. Keyakinan untuk memperolehi segala yang dirancang dan diimpikan. Apabila kita yakin pada diri kita sendiri, dengan sendirinya kita akan mempunyai minda yang positif dan bukannya suatu angan- angan kosong sahaja. Apabila pelajar telah mempunyai keyakinan dan percaya kepada diri sendiri, maka pelajar dapat mengatur langkah- langkah tindakan satu persatu bagi mencapai kejayaan yang diingini.

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.