Keterangan buku:
PENGARANG : USTAZ ISMAIL SYAFIEE AL-BAKABI
Jalan menyampaikan risalah atau dakwah memiliki pendekatan yang sangat luas. Aspek paling penting dalam menyampaikan inti risalah adalah untuk membentuk keperibadian yang terpuji terhadap umat. Kaedah penggunaan lisan jika disampaikan dengan cara yang menarik dan hikmah akan mampu merubah sikap sesorang dalam menuju kebenaran. Begitu juga dakwah yang dijalankan dengan tulisan, seandainya diungkapkan dengan bahasa yang mudah difahami dan dihayati pembaca, maka akan mampu merubah alur pemikiran ke arah positif.
Pendidikan dan dakwah melalui cerita atau kisah-kisah benar yang diungkapkan dalam Al Quran memiliki aspek paling penting dalam menanamkan pengajaran dalam diri seseorang. Teladan generasi sham jika dihayati dan dipelajari setiap gerak-geri dan perjuangan mereka akan memberikan sumbangan ilmu dan hikmah yang sangat besar. Pelbagai sikap terpuji dan mulia menghiasi kehidupan mereka, sehingga generasi hari ini dan masa akan datang mampu mengambil iktibar dan perenungan dalam usaha mengadakan perubahan untuk menuju cara hidup yang lebih balk.
Semoga buku ini mampu membuka minda pembaca dalam menghayati cerita masa sham untuk dijadikan surf teladan, akhirnya akan melahirkan sistem kehidupan yang terpuji dan diredhaiNya, insya Allah.
|