Keterangan buku:
PENGARANG : MUHAMMAD BIN ABDUL LATIF
Tidak dinafikan pelajaran di zaman ini adalah pasport bagi meraih kesenangan dalam kedudukan masyarakat. Usaha yang disatukan untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan perlu dilakukan dengan tersusun. Lulus peperiksaan tidak boleh menjadi tujuan utama setiap pelajar. Ramai di kalangan pelajar belajar semata-mata untuk lulus peperiksaan. Inilah merupakan niat yang salah. Tujuan belajar adalah untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan hendaklah digunakan sebaik-baiknya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Niat belajar hendaklah semata-mata memperolehi keredhaan Allah S.W.T. Apabila seorang pelajar menjadikan niatnya dalam menimba ilmu pengetahuan semata-mata memperolehi keredhaanNya, maka ia akan memperolehi pahala dariNya. Buku ini disusun dengan mengutarakan teknik-teknik belajar dan bagaimana lulus peperiksaan. Di samping itu, ia ditulis dengan menjadikan agama Islam sebagai landasannya kerana dalam Islam semuanya lengkap meliputi hal ehwal duniawi dan ukhrawi. Semoga sidang pelajar akan memperolehi manfaat dari buku ini. InsyaAllah.
|